5 Petua Rawat Gigitan Pepijat Secara Alami Yang Boleh Anda Buat Sendiri.

Pepijat bergantung kepada darah sebagai smber utama makanan dan sumber protein mereka. Bagi anak pepijat, mereka perlu hisap darah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh masa membesar sebelum menjadi dewasa.

Pepijat betina dewasa pula perlu gigit mangsanya untuk hisap darah sebagai sumber makanan mereka. Ini diperlukan untuk aktiviti membiak mereka dengan menghasilkan telur.

getty_rm_photo_of_sem_of_bedbug
Walaupun pepijat akan gigit manusia untuk menghisap darah, setakat ini, masih tidak ada bukti bahawa mereka akan menyebarkan apa-apa penyakit berjangkit dari gigitan tersebut. Jadi tak perlu rasa risau sangat takut jatuh sakit apabila kena gigit pepijat.

Kesan kena gigit pepijat yang biasa
Untuk kenal pasti bahawa anda sudah kena gigit pepijat, cara paling mudah adalah dengan pergi periksa tempat tidur anda. Semak cadar dan tilam tempat anda tidur untuk cari samada ada kesan darah padanya.

Kalau kat celahan katil atau pada celahan cadar dan tilam ada najis dan kulit pepijat, itu juga satu tanda pasti yang anda sudah kena serangan pepijat.

Kesan gigitan pula biasanya ada pada tempat terdedah di anggota badan anda ketika tidur. Biasanya akan ada kesan gigitan pada leher, muka, tangan, bahu kaki dan lengan. Kadang-kadang ada pada bahagian tepi badan anda terutamanya pada bahagian pinggang.

Jika anda ada masalah serangan pepijat di bilik tidur atau di rumah, segera;ah hapuskan masalah tersebut dengan cara yang berkesan. Hubungi Khairan Pest Enterprise, sebuah syarikat pest control berlesen dan berpengalaman. Hapuskan pepijat dengan menggunakan Haba wap panas. Rawatan yang amat berkesan dan selamat untuk membunuh pepijat. Hubungi @ Whatsapp Encik Khairan 019-3093887 untuk maklumat lanjut.

Biasanya akan ada lebih dari satu kesan gigitan pada satu-satu tempat yang kena gigit pepijat. Mungkin secara zig-zag dan mungkin secara linear. Kesannya seperti bintik merah dan sedikit bengkak dan rasa gatal.

Kesan gigitan pepijat tidak semestinya akan terbentuk secara segera sebaik saja kena gigit. Kadang kala memerlukan dua tga hari untuk menimbulkan kesan seperti yang dsebut di atas tadi. Ada orang mendapat kesan gigitan dengan pantas dan ada orang macam tak ada kesan lamgsung. Ia banyak bergantung kepada alahan setiap individu pada gigitan pepijat.

Pepijat gigit kulit dan suntik anti-coagulant
Macam mana agaknya proses pepijat hisap darah manusia ?
Bila nak hisap darah pepijat akan cucuk kulit anda dengan mulutnya yang macam paruh yang kecil dan tajam. Sambil itu pepijat akan keluarkan anti-coagulant bersama air liurnya supaya darah kekal menjadi cair tidak membeku.

Proses merayap dan bersentuhan dengan mangsa kemudian cucuk kulit dan kemudian mula hisap darah anda biasanya akan berlaku dalam tempoh masa 20 minit sahaja. Bila dah minum darah, dia akan pulang semula ke tempat tinggalnya dan tak makan lagi sehinggalah proses salin kulit atau selepas dia dan hadam semua makanannya.

Gatal selepas kena gigit pepijat
Macam yang saya sebut kat atas tadi, sepanjang kena hisap darah, anda tak akan terasa sangat kesan dari gigitan tersebut. Selepas dia dah kenyang dan balik semula ke tempat menyoroknya, masih tak terasa juga.

Biasanya akan ambil masa mungkin sejam atau dua jam baru nak rasa. Ada orang yang ambil masa lebih lama. Ada juga segelintir orang yang memang tak rasa apa-apa.

Bagi yang rasa kesan gigitan itu mula akan rasa gatal nak garu. Akan jadi bintik merah pada tempat kena gigit pepijat. Kalau anda rasa gatal dan mula garu, keadaan tempat gigitan akan menjadi lebih teruk merah dan berbiji.

Oleh itu, sebolehnya jangan garu kalaupun rasa gatal pada kesan kena gigit pepijat. Tahanlah sikit dan gunakan petua di bawah untuk rawat gigitan pepijat secara alami.

1. Rawat dengan kulit pisang
Ambil saja kulit pisang, kemudian sapukan bahagian dalam kulit pisang itu di kesan gigitan pepijat. Kulit pisang ada bahan bio-aktif seperti carotenoids, polyphenols, dan lain-lain seumpamanya. Bahan tersebut mampu memberikan kesan rawatan yang baik pada tempat kena gigit pepijat.

Anda akan rasa lebih selesa dan tenang apabila menggosokkan bahagian dalam kulit pisang itu di tempat kena gigit. Buatlah beberapa kali ikut keselesaan anda.

2. Campuran Kulit kayu manis dan madu
Ambil dua atau tiga sudu serbuk kulit kayu manis dan campurkan dengan beberapa titik madu lebah. Gaul dan jadikan campuran itu macam krim. Kemudian sapukan pada kawasan yang kena gigit dan biarkan sehingga kering sebelum di basuh.

Kulit kayu manis ada kandungan bahan yang mampu menaham keradangan kulit yang kena gigit pepijat. Madu pula ada kesan melembutkan dan melembabkan kulit. Campuran mereka akan membuatkan kulit tidak menjadi luka dan menghalang infeksi pada kulit anda.

3. Sapu dengan ubat gigi
Ambil sedikit ubat ggi yang ada menthol dan sapukan pada kawasan yang kena gigit pepijat. Kesan menthol akan membuatkan kulit tak terasa gatal dan pedih. Biarkan di situ selama lebih kurang 10 minit sampai kering dan kemudiannya baru basuh. Ulang 3 atau 4 kali dalam tempoh satu hari.

4. Cecair pembasuh mulut
Macam ubat gigi juga, ada bahan yang berguna dalam cecair membasuh mulut yang anda selalu pakai tu. Ada bahan ethanol pada pembasuh mulut tersebut yang boleh bertindak sebagai bahan antiseptik. Ahkohol pada pencuci mulut itu boleh bertindak sebagai penghalang jangkitan. Anda boleh ulang beberapa kali berdasarkan keperluan.

5. Sapu dengan serbuk garam
Ini satu lagi cara yang amat mudah. Semua rumah tentu ada serbuk garam. Ambil secubit dan tenyeh perlahan-lahan pada tempat kena gigit pepijat. Ini boleh merawat kesan garu dan merah pada kulit anda.

Garam ada kesan anti-bakteria yang baik yang boleh merawat kulit anda. Selepas sapu garam, anda akan hilang rasa tak selesa dan rasa gatal pada kulit yang kena gigit itu. Ulang beberapa kali ikut keselesaan anda sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Jika anda ada masalah serangan pepijat di bilik tidur atau di rumah, segera;ah hapuskan masalah tersebut dengan cara yang berkesan. Hubungi Khairan Pest Enterprise, sebuah syarikat pest control berlesen dan berpengalaman. Hapuskan pepijat dengan menggunakan Haba wap panas. Rawatan yang amat berkesan dan selamat untuk membunuh pepijat. Hubungi @ Whatsapp Encik Khairan 019-3093887 untuk maklumat lanjut.

Blog at WordPress.com.

Up ↑