4 Tempat Berisiko Ada Pepijat !

Adakah anda tahu, anda bukan hanya terdedah kepada pencemaran jika berada di kawasan tumpuan orang ramai, namun anda juga terdedah kepada makhluk perosak seperti pepijat. Ya ! Pepijat ! Saiznya mungkin kecil namun jika terkena gigitan nya cukup untuk meninggalkan kesan kepada anda.

Menurut kajian, antara punca peningkatan pepijat adalah disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing dan penambahan kadar pertukaran perabot terpakai di rumah. Selain itu, kawalan makhluk perosak yang hanya tertumpu pada makhluk perosak lain lalu menyebabkan pengabaian pengawalan pepijat dan peningkatan kekebalan pada racun serangga.

Pepijat adalah haiwan yang merayap dari satu tempat ke tempat lain. Kebiasaannya pepijat akan berada dalam beg pakaian, dompet atau lebih-lebih lagi pada orang yang kerap mengembara atau melancong sebagai aktiviti yang kerap dilakukan. Oleh sebab itu jugalah pepijat banyak didapati pada katil hotel jika anda perhatikan keadaan bilik hotel ketika melancong.

Di samping itu, kawasan yang berisiko terdapat pepijat juga menyumbangkan kepada peningkatan kadar pepijat. Hal ini kerana pepijat dapat merayap ke beg pakaian atau pakaian anda jika anda berada di kawasan tersebut. Oleh itu, anda perlulah lebih berjaga-jaga semasa berada di kawasan yang berisiko wujudnya pepijat.

Berikut merupakan tempat yang berisiko tinggi terdapatnya pepijat yang boleh menyebabkan ia merayap di persekitaran anda seterusnya mengikut anda pulang:

1.Lapangan terbang
Seperti yang anda sedia maklum, lapangan terbang merupakan lokasi di mana pesawat berlepas dan mendarat. Terdapat juga kemudahan bagi penumpang seperti restoran, ruang menunggu, tandas, pejabat dan lain-lain lagi. Ia juga merupakan tempat tumpuan orang ramai yang datang dari pelbagai kawasan sama ada luar dan dalam negara. Sudah tentulah terdapat pepijat yang berada di sekitar kawasan tersebut. Oleh itu, kesedaran tentang pentingnya mengawal seterusnya membanteras pepijat amat penting untuk anda. Pastikan beg pakaian bertutup rapat untuk mengelakkan pepijat dapat masuk dan bersarang di pakaian anda.

KLIA_M

 

2.Pengangkutan awam
Pengangkutan awam seperti bas, LRT, KTM dan Teksi juga boleh menjadi salah satu lokasi yang berisiko terdapat pepijat di dalamnya. Hal ini kerana terdapat beribu orang yang keluar masuk di dalam nya dan boleh menyebabkan pepijat tertinggal atau merayap kepada ‘host’ yang baru. Ketika waktu puncak lagi lah keadaan di LRT atau KTM dengan semua orang berpusu-pusu masuk dan bersesak-sesak, jadi kemungkinan untuk pepijat merayap amatlah tinggi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa peka dengan keadaan di persekitaran anda.

IMG_5686-800x445-c

3.Panggung wayang
Bagi anda yang gemar untuk menonton wayang seharusnya tahu panggung wayang juga merupakan salah satu lokasi yang menjadi tumpuan ramai. Pengunjung akan meningkat sekiranya terdapat filem box office ditayangkan, cuti hujung minggu atau waktu perayaan. Selain theater hall, terdapat juga kiosk menjual makanan di dalamnya. Keadaan panggung wayang yang gelap juga menambahkan risiko kehadiran pepijat di dalamnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat pelbagai makhluk perosak di kawasan tersebut. Terdapat juga kes dimana pengunjung digigit oleh pepijat ketika menonton wayang. Oleh itu, sentiasa berhati-hati dan peka dengan kawasan persekitaran anda.

7n_pawagamkomunitikelantan00

 

4.Hotel
Pemilihan hotel semasa bercuti bukanlah hanya bergantung kepada rating hotel atau harga yang berpatutan, namun persekitaran hotel juga perlu diambil kira. Pemilihan hotel yang kemas dan mempunyai housekeeping yang bagus amatlah perlu supaya anda mendapat percutian yang selesa. Hal ini juga untuk mengelakkan anda membawa pulang pepijat ketika bercuti. Pastikan bagasi anda tidak diletakkan di atas lantai, ditutup dan berzip sepanjang masa untuk mengelakkan pepijat masuk ke dalam bagasi anda.

30000002100202685_wh_11

 

Adakah anda pernah mengalami gigitan pepijat semasa berada di tempat yang disenaraikan di atas? Jika anda mengesyaki pepijat telah berada di kediaman atau persekitaran anda, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak profesional.

Di Khairan Pest Enterprise, jika anda berada sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah serangga yang sedang anda hadapi.

ddd

Kawalan serangga diperlukan kerana serangga seperti pepijat dan kutu dapat memberikan kesan negatif kepada anda sekeluarga jika tidak dibendung. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis serangga bagi memastikan anda berada di persekitaran yang bersih dan selamat tanpa sebarang gigitan yang boleh memudaratkan.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan pepijat dan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada Khairan Pest Enterprise dengan dua langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, Khairan 019-309 3887
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Khairan Pest Enterprise akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

5 Langkah Mudah Menghalang Aedes Membiak Di Kediaman Anda

Statistik kes demam denggi di Selangor pada laman web iDengue menunjukkan rekod sebanyak 8536 kes telah dicatatkan di negeri Selangor sehingga 31 Januari 2019. Hal ini jelas membimbangkan kerana jumlah kes yang tinggi telah direkodkan hanya pada permulaan tahun 2019 di Selangor berbanding dengan negeri lain di Malaysia.

Statistik demam denggi yang tinggi jelas menunjukkan penularan disebabkan Aedes yang mungkin berada di persekitaran anda. Anda seharusnya peka dengan persekitaran kediaman anda untuk membanteras pembiakan nyamuk Aedes ini. Hal ini untuk mengelakkan anda sekeluarga bebas dari gejala demam denggi yang dapat membawa maut.

Faktor persekitaran yang tidak bersih, cuaca yang tidak menentu, tabiat masyarakat yang gemar membuang sampah merata-rata dan kurangnya kesedaran masyarakat bahayanya denggi memainkan peranan penting kenapa masalah denggi masih berada di tahap membimbangkan di Malaysia.

Justeru itu, pentingnya bagi anda mengetahui cara – cara yang dapat dilakukan untuk menghalang Aedes membiak di kediaman anda seterusnya menghalang keluarga anda dari menjadi mangsa gigitan nyamuk Aedes ini. Berikut merupakan langkah mudah menghalang kediaman anda menjadi tempat pembiakan Aedes:

1) Memastikan tiada bekas bertakung di kediaman anda
Untuk membanteras pembiakan Aedes di kediaman anda, anda seharusnya memastikan tempat pembiakannya dimusnahkan. Aedes suka bertelur di kawasan air bertakung atau di kawasan air cetek. Anda seharusnya memastikan tiada bekas bertakung seperti pasu bunga, bekas tayar, bekas plastik, baldi dan bekas polisterin yang dapat menjadi takungan air. Takungan air yang sedikit sudah mampu untuk menjadi tempat nyamuk Aedes bertelur. Oleh itu, anda seharusnya memastikan kawasan rumah anda bebas dari tempat takungan air.

2) Menggunakan semburan aerosol
Semburan aerosol di kawasan luar dan dalam kediaman anda adalah perlu untuk membunuh nyamuk yangi berada di dalam kediaman anda. Tutup semua tingkap dan pintu ketika semburan dijalankan. Sembur secara terus di tempat yang berisiko tinggi terdapat kehadiran nyamuk seperti bawah meja, tempat yang gelap. belakang almari, bawah katil dan di kawasan stor. Tinggalkan bilik selepas semburan dan biarkan bertutup sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk semula. Anda perlu patuhi arahan penggunaan pada label botol aerosol untuk keselamatan anda sekeluarga.

3) Memasukkan bahan membunuh jentik – jentik ke dalam takungan air kekal
Jika anda ingin pulang ke kampung halaman atau bercuti dan tiada orang di kediaman anda dalam tempoh seminggu, anda dinasihatkan untuk memasukkan bahan membunuh jentik – jentik ke dalam takungan air kekal dan menutup takungan tersebut sebagai contoh kolah mandi, tong atau tempat simpanan air di kediaman anda. Hal ini untuk memastikan jika nyamuk Aedes bertelur di kawasan tersebut, jentik-jentik tidak akan dapat hidup seterusnya dapat memastikan Aedes tidak dapat membiak di dalam kediaman anda.

4) Elakkan dari pergi ke kawasan wabak atau hotspot denggi
Elakkan membawa ahli keluarga anda ke kawasan berisiko tinggi denggi. Hal ini disebabkan, pergerakan manusia yang tidak terbatas dan lebih meluas memudahkan penyebaran virus denggi bagi pesakit yang telah dijangkiti virus tersebut. Elakkan juga berada di luar rumah pada awal pagi (6 pagi hingga 8 pagi) atau senja (6 petang hingga 8 malam). Hal ini adalah kerana waktu tersebut adalah waktu aktif nyamuk Aedes menggigit. Anda juga dinasihatkan memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang berwarna cerah ketika di luar rumah. Ini untuk mengelakkan anda menjadi mangsa gigitan nyamuk Aedes ketika melakukan aktiviti luar.

5) Segera dapatkan rawatan jika mempunyai simptom denggi
Bagi mengelakkan kes kematian berkaitan demam denggi, anda seharunya megetahui simptom-simptom pesakit demam denggi. Antara simptom awal demam denggi adalah demam bersuhu tinggi secara mengejut, sakit perut, cirit-birit dan muntah berterusan. Simptom denggi lain adalah demam berlarutan sehingga beberapa hari dengan suhu yang tinggi, sakit kepala, sakit sendi dan ruam pada badan. Jika anda atau ahli keluarga menghidap simptom yang dinyatakan tersebut, rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran perlulah diberi. Oleh itu, anda perlulah memberi perhatian dengan simptom denggi ini dan jangan hanya mengambil mudah dengan memikirkan hanya demam biasa, rupanya demam denggi.

Original Title: Aa_FC3_58a.jpg

Semua pihak perlu mengambil serius isu peningkatan kes dan kematian demam denggi yang berlaku pada masa kini. Sehubungan itu, komitmen daripada semua lapisan masyarakat adalah diperlukan dalam memastikan kebersihan persekitaran menjadi keutamaan. Sekiranya tiada tindakan pencegahan dilaksanakan, dikhuatiri kes denggi dan kematian akan terus meningkat seterusnya memberi kesan kepada masyarakat di persekitaran.

hapusdenggi

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak serta ancaman nyamuk. Di KHAIRAN PEST ENTERPRISE, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.

Jangan biarkan nyamuk terus bermaharajalela menyedut darah anda dan menyebarkan virus kepada anda sekeluarga. Serahkan masalah anda kepada pakar untuk menyelesaikannya dengan mudah, cepat dan berkesan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah nyamuk.

Dapatkan nasihat profesional daripada KHAIRAN PEST ENTERPRISE dengan 2 langkah mudah ini:
1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, KHAIRAN 019-3093887
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Kediaman @ Premis anda. KHAIRAN PEST ENTERPRISE akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah di kediaman anda.

Perangi-Demam-Denggi

Bila Masalah Serangga Perosak Mula Muncul Kepada Manusia ?

Sejarah bila bermulanya masalah serangga perosak dihadapi oleh manusia sebenarnya tidak dapat dinyatakan. Besar kemungkinan serangga dan makhluk perosak mula menjadi masalah kepada manusia sejak bermulanya manusia menduduki mukabumi ini.

Walaubagaimanapun terdapat bukti mencatatkan bahawa kaum Sumeria yang merupakan satu kaum dalam zaman kuno yang menduduki kawasan selatan Mesopotamia (Iraq Tenggara) menggunakan sulphur bagi menyelesaikan segala masalah serangga perosak mereka. Ia berlaku pada tahun 2,500BC dahulu.

Kemudiannya pada tahun 1,200BC bangsa Cina mula menggunakan bahan kimia bagi mengawal masalah serangga perosak yang menimpa mereka. Ia merupakan zaman kehebatan bangsa cina terutamanya dalam berbagai penemuan ilmu di akhir zaman pemerintahan Dinasti Shang.

Tidak ada banyak perbezaan dalam cara mereka menggunakan bahan kimia bagi mengawal serangga perosak pada masa itu berbanding sekarang. Tetapi amalan mengdokumenkan segala aktiviti mereka serta mencatatkan segala teknik bagi mengawal serangga perosak dengan menggunakan bahan kimia telah membantu perkembangan teknik kawalan serangga perosak pada hari kemudiannya.

[Iklan:]

[“KHAIRAN PEST ENTERPRISE menyediakan khidmat ‘Pest Control’ secara profesional bagi mengawal masalah serangga dan makhluk perosak anda. KHAIRAN PEST ENTERPRISE juga menyediakan khidmat pemeriksaan anai-anai (Termite Inspection) secara percuma untuk premis anda. Hubungi 019-309 3887 bagi mendapatkan khidmat nasihat percuma” ]

[“KHAIRAN PEST ENTERPRISE provide profesional pest control services to get rid of your Termites, Cockroaches, Ants, Rats, Mosquitoes, Bedbugs and other pests problem from your premises. Call 019-309 3887 to get rid of your pest problems]

Bagaimana Sistem Umpan Dapat Menghapuskan Seluruh Koloni Anai-Anai

Anai-anai merupakan serangga yang hidup dalam koloni. Satu koloni mempunyai beribu anai-anai didalamnya. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat dipraktikkan untuk menghapuskan koloni anai-anai di persekitaran anda.

Penting untuk anda mengetahui kaedah yang sesuai digunakan untuk menghapuskan koloni anai-anai yang berada di kediaman anda.Di Easelife Service, antara salah satu kaedah yang digunakan bagi menghapuskan anai-anai ialah kaedah stesen umpan di atas tanah (Above Ground Bait Station).

Apabila suatu serangan anai-anai dikesan di kediaman anda. amatlah penting untuk memeriksa kawasan yang menjadi tempat anai-anai coptototermes aktif mencari makanan. Setelah kawasan tersebut dikenalpasti, stesen umpan (bait station) akan diletakkan di kawasan tersebut

Hal ini untuk menarik anai-anai mengambil makanan di dalam stesen umpan tersebut berbanding makanan (kayu atau struktur bangunan) di kawasan tersebut. Berikut merupakan info mudah bagaimana sistem umpan dapat menghapuskan seluruh koloni anai-anai:

1) Cara Penyediaan Umpan

Untitled

Untuk pengetahuan anda, sistem umpanan adalah amat mudah dan ringkas. Dengan hanya 6 langkah seperti gambar di atas dapat digunakan untuk membunuh koloni anai-anai di kediaman anda. Tempoh masa selama 30 minit diperuntukkan untuk pemasangan satu stesen umpan di kawasan yang menjadi target anai-anai aktif.

Anda hanya memerlukan satu bekas yang telah disediakan untuk dijadikan sebagai stesen yang akan diletakkan umpan di dalamnya. Umpan tersebut merupakan bahan kimia yang mengandungi toksin untuk membunuh anai-anai.

Setelah umpan dimasukkan di dalam stesen, stesen umpan akan diletakkan di tempat anai-anai aktif untuk menggantikan makanan anai-anai. Letakkan dengan kemas dan ditutup rapi supaya tidak terbuka atau boleh mengganggu kawasan anai-anai.

Stesen umpan akan dibiarkan dan akan dibuka semula selepas tempoh satu atau dua minggu mengikut tahap aktif anai-anai di kawasan tersebut. Jika umpan habis dalam tempoh masa tersebut, ini bermaksud anai-anai telah membawa umpan ke sarang dan proses penghapusan anai-anai di kediaman anda telah berjalan.

2) Konsep Pengumpanan

2

Bahan kimia yang digunakan dalam sistem umpan ini mengandungi toksin yang bertindak secara perlahan untuk menghapuskan seluruh koloni anai-anai. Ia bertindak dengan cara menganggu pertumbuhan biasa dan mekanisme pembiakan anai-anai di kawasan tersebut.

Umpan tersebut akan diletakkan di kawasan target anai-anai aktif. Konsep pengumpanan dengan toksin ini bertindak perlahan di mana anai-anai akan memakan umpan yang telah dibawa balik ke sarang melalui anai-anai pekerja.

Anai-anai tidak akan terus mati, namun akan mempunyai peluang untuk menyebarkan toksin kepada anai-anai lain dalam koloni yang sama melalui proses makan bersama yang wujud dalam masyarakat anai-anai. Permaisuri anai-anai juga diberi makan dengan cara yang sama, oleh itu ia juga boleh dibunuh melalui toksin itu tanpa perlu makan secara terus dari umpan tersebut.

Proses ini menyebabkan anai-anai tidak hanya mati perlahan-lahan tetapi juga tidak perasan yang mereka sebenarnya telah diracun. Oleh itu, anai-anai tidak akan meninggalkan kawasan tempat tinggal mereka dan seterusnya akan mati setelah toksin tersebut berada di dalam badan mereka.

3) Kelebihan sistem umpan

Tidak merosakkan struktur bangunan – Anda hanya perlu meletakkan stesen umpan di tempat aktif anai-anai tanpa perlu memecahkan simen atau merosakkan struktur bangunan. Oleh itu, ianya merupakan satu kaedah yang sesuai untuk menghapuskan koloni anai-anai.

Selamat – Sistem stesen umpanan dapat menghapuskan anai-anai dengan selamat. Hal ini disebabkan, tiada semburan kimia digunakan. Hanya menggunakan umpan dan diletak atau disimpan di dalam bekas yang digunakan untuk menarik anai-anai ke dalamnya.

Fleksible – Kaedah stesen umpan dapat dipasang pada semua kawasan. Kenal pasti kawasan aktif anai-anai dan pemasangan stesen umpan dapat dijalankan untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda.

Kajian telah menunjukkan bahawa jika toksin (umpan) sampai ke koloni anai-anai secara berterusan, hanya dalam tempoh masa empat ke lapan minggu sahaja seluruh koloni anai-anai dapat dihapuskan di sesuatu kawasan. Oleh itu, jelaslah bahawa kaedah pengumpanan dapat menghapuskan anai-anai seterusnya dapat membanteras kegiatan anai-anai di kediaman anda.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada KHAIRAN PEST ENTERPRISE dengan langkah mudah ini:

1. WhatsApp atau telefon di talian berikut, KHAIRAN 019-3093887
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Kediaman @ Premis anda. KHAIRAN PEST ENTERPRISE akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.

PERKHIDMATAN KAWALAN ANAI-ANAI

🤠🤠🤠 SUPER PROMOSI CNY 2019 🤠🤠🤠
😱😱Drilling( Rawatan Tanah )/ Corrective Treatment😱😱

😱😱ANAI-ANAI PEMUSNAH HARTA BENDA ANDA!!!.😱😱

✅✅Kediaman Merupakan Syurga Dan Nyawa Anda…
.
✅✅Anda Pasti Tidak Mahu Lebih Banyak Kerosakkan Berlaku Dan Kerugian Semakin Bertambah….
.
✅✅Jangan Bairkan Anai-Anai Melakukan Kerosakan Secara Senyap Dan Rakus.
.
✅✅Cegah sebelum parah dari kerosakan dan kerakusan Anai-Anai.
.
✅✅Basmi Sebelum Anai-Anai Menyerang Dan Merebak Di Kediaman Anda…
.
Dapatkan Perkhidmatan Terbaik Dari Kami Dalam Menyesaikan Masalah Anda.
.
📌Kesan Rawatan Yang Panjang Dari Diceroboh Anai-Anai.
.
📌Segala Jawapan Dan Penerangan Lanjut Akan Diberikan.
.
📌Hubungi Kami Ditalian ☎0193093887☎ Atau

📌Whatsapp Kami Di Link
https://api.whatsapp.com/send?phone=60193093887&text=Nyatakan%20Jenis%20Rumah%20Anda

Blog at WordPress.com.

Up ↑